fbpx

Dua pengarah Emraz Travel kena dakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain (kiri) dan peguamnya, Hanif semasa tiba untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Sebuah syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Emraz Travel) bersama dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas 51 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang 17 individu berjumlah RM503,221, tahun lalu.

Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan isterinya, Datin Mazuin Mustafa, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Shafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-51, Emraz Travel, Zulkarnain dan Mazuin sebagai OKS pertama hingga ketiga didapati gagal mematuhi award TTPM yang memerintahkan supaya membayar RM503,221 kepada 17 individu yang merupakan pihak yang menuntut.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat TTPM Kota Bharu di sini antara April hingga September 2023.

“OKS sebelum ini sudah didakwa di Mahkamah Putrajaya melibatkan 61 pertuduhan. Hari ini, mereka didakwa 51 pertuduhan membabitkan nilai RM503,221 di Kelantan.

“Kes ini melibatkan seramai 17 mangsa di Kelantan. Bakal jemaah yang terlibat sudah menabung untuk menunaikan umrah dan mereka mula membuat pembayaran bermula Februari tahun lalu. Mangsa sepatutnya berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada Mac 2023.

“Sehingga kini, OKS tiada usaha untuk menjelaskan bayaran kepada mangsa. Jaminan sebanyak RM102,000 yang ditawarkan sangat bersesuaian memandangkan mereka culas untuk hadir ke mahkamah,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,200 secara global bagi ketiga-tiga OKS selain menetapkan syarat iaitu mereka perlu hadir melapor diri di pejabat KPDN Putrajaya setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kedua-dua OKS membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, prosiding pendakwaan dua pengarah Emraz Travel yang sepatutnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 22 Januari lalu atas 51 pertuduhan kes penipuan pakej umrah melibatkan kerugian RM503,221 ditangguh ke 13 Februari.

Peguam pasangan OKS itu, Ahmad Nizam Mohamed memaklumkan kepada mahkamah, Zulkarnain dan Mazuin mempunyai sijil sakit yang sah untuk mereka tidak hadir ke mahkamah.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu didakwa Mahkamah Majistret Putrajaya pada 15 Januari lalu atas 63 pertuduhan gagal mematuhi perintah award TTPM membayar balik tuntutan wang berjumlah RM589,031 kepada 21 mangsa, tahun lalu.

Pada 23 November tahun lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati syarikat itu menggunakan duit jemaah kumpulan kedua dan ketiga bagi menampung kos jemaah umrah kumpulan pertama.

Tindakan itu dipercayai antara punca berlakunya kegagalan beberapa jemaah yang menggunakan khidmat syarikat itu untuk ke tanah suci sehingga membawa beberapa siri laporan polis dalam kalangan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI