fbpx

Biden sertai TikTok demi kempen pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN membuat kemunculan di TikTok, Ahad lalu. - Foto TikTok/Bidenhq

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melancarkan akaun TikTok bagi kempen untuk mempertahankan jawatannya dalam Pilihan Raya Presiden AS, pada malam kelmarin, lapor portal berita MailOnline.

“Hai, semua,” tulis akaun Biden, 81, yang mengumumkan penyertaannya buat kali pertama dalam aplikasi media sosial itu menjelang pilihan raya pada November depan.

Video itu menunjukkan Biden berkongsi pandangannya mengenai bola sepak Amerika selepas beliau menolak peluang ditemu ramah oleh saluran televisyen CBS.

Ramai pengundi golongan muda menjadikan aplikasi perkongsian video itu sebagai pilihan mereka untuk mendapatkan berita dan pelbagai jenis maklumat. 

Keputusan pemimpin berkenaan untuk membuat kemunculan pertama di platform tersebut menggambarkan bahawa pasukan kempennya mahu memikat hati pengundi muda walaupun terdapat kebimbangan mengenai keselamatan negara berhubung penggunaan TikTok.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan telah memberi amaran bahawa syarikat induk TikTok, ByteDance mempunyai keupayaan untuk berkongsi data pengguna dengan pemerintah China.

Kebimbangan mengenai aplikasi itu mendorong Biden untuk melarang platform tersebut daripada digunakan pada peranti kerajaan persekutuan pada Disember 2022. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI