fbpx
Salah satu hidangan lazat yang disediakan oleh cef berpengalaman di The Double Tree by Hilton, KL bersempena sambutan Tahun Baharu Cina,

Cef Wang dari Taiwan sediakan juadah istimewa di The Double Tree by Hilton KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jika ada yang tidak berkesempatan balik ke kampung dan mahu menganjurkan majlis reunion bersama keluarga dan adik beradik serta sahabat handai bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, lokasi terbaik untuk menjamu selera dengan hidangan yang menarik adalah di Double Tree by Hilton Kuala Lumpur (KL).

Ini kerana pihak hotel  telah menampilkan kelainan dengan membawa cef berpengalaman dari Taiwan iaitu Cef Mike M.C. Wang dari Double Tree by Hilton Taipei Zhongshan untuk memasak masakan popularnya kepada rakyat Malaysia.

Cef Wang yang memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penyediaan makanan peringkat hotel antarabangsa telah berjaya mencipta karya kulinari untuk Menteri Perhubungan Luar Taiwan dan menjamu makanan kepada tetamu utama di beberapa destinasi seperti  Kanazawa, Osaka dan Mauritius.

 

Di bawah air tangan cef berpengalaman itu juga, The Double Tree by Hilton Taipei telah  berjaya meraih tempat ketiga dalam Taipei International Beef Noodle Soup Competition tahun lepas.

Bersandarkan kejayaan dan pengalaman Cef Wang, kunjungannya kali ini di The Double Tree by Hilton Kuala Lumpur cukup berbaloi kerana juadah istimewanya menepati selera pelanggan yang sedang meraikan perayaan Tahun Naga itu.

Resipi istimewanya itu chicken with ginger, braised assorted seafood thick soap dan delectable shrimp ball with pineapple boleh dinikmati dari 1 hingga 29 Februari ini.

Selain itu, bagi yang berminat untuk berkumpul makan besar sempena perayaan Tahun Naga kali ini, hotel tersebut menyediakan bufet untuk minuman petang, makan malam bufet Tahun Baharu Cina dan reunion bufet makan malam Tahun Baharu Cina pada harga antara RM148 hingga RM198 seorang untuk dewasa manakala RM74 hingga RM99 untuk kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN