fbpx

Anggota polis maut, kereta terbabas langgar ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis maut dalam kemalangan di Kilometer 311.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Tapah hari ini.

TAPAH – Seorang anggota polis berusia 36 tahun maut apabila kereta Honda Civic yang dipandunya terbabas selepas melanggar seekor ular dalam kejadian di Kilometer 311.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara kira-kira pukul 5.38 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi memaklumkan mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku dipercayai selepas mangsa melanggar seekor ular yang menyebabkan kereta Honda Civic dipandunya terbabas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut ini menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, tiada unsur-unsur jenayah berkaitan kemalangan maut ini. Maklumat jenis ular yang dilanggar juga masih belum diketahui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI