fbpx

Trafik perlahan di Tol Gombak dan Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lebuh raya utama pada pagi ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan terdapat peningkatan jumlah kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut laporan trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta di arah utara, Plaza Tol Sungai Besi menuju ke selatan serta Plaza Tol Gombak ke arah Pantai Timur juga agak sesak tetapi masih terkawal.

Selain itu, di lebuh raya utama pula kenderaan bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke utara iaitu dari Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Perak.

Berikutan pertambahan trafik, LLM melaporkan trafik kini bergerak perlahan di Lebuh raya KL-Karak (KLK) ke arah timur, sebelum Plaza Tol Gombak.

Berikutan itu, kenderaan juga bergerak perlahan sepanjang 5.3 kilometer dari KM31.8 hingga KM37.1 dari Gombak ke Genting Sempah.

Sementara itu di selatan, kenderaan bergerak perlahan dari arah Nilai ke Bandar Ainsdale menghala ke Seremban.

Keadaan sama turut dilaporkan di Senai, Johor di mana kenderaan bergerak perlahan dari Senai ke Simpang Renggam.

Justeru itu, ‘smart lane’ di KM9.0-KM27.0 arah utara (Senai Utara ke Kulai) telah diaktifkan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI