fbpx

Piala Asia: Qatar idam sejarah terhebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QATAR memiliki segala kelebihan untuk berdepan aksi final kali ini apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri selain memiliki pengalaman bermain di perlawanan akhir. - AFP

DOHA – Jurulatih Qatar, Marquez Lopez berharap anak-anak buahnya tidak terlalu meraikan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia 2023 kerana menganggap tugas mereka masih belum selesai.

Skuad The Maroons memastikan tempat ke pentas final bertemu Jordan di Stadium Lusail malam ini selepas menyingkirkan juara tiga kali, Iran menerusi kemenangan 3-2 di separuh akhir Rabu lalu.

Walaupun dijangka turun sebagai pasukan pilihan berdasarkan status juara bertahan, namun Lopez menggesa barisan pemainnya supaya tidak mengambil mudah cabaran Jordan yang menyingkirkan Korea Selatan di separuh akhir.

“Pertama sekali, saya sangat gembira untuk seluruh rakyat Qatar serta barisan pemain. Kami beraksi cukup baik dalam perlawanan sukar menentang Iran di separuh akhir dengan semua pemain memberikan segala-galanya.

“Sekarang hanya selangkah lagi untuk kami mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini. Kami perlu anggap aksi menentang Jordan sama seperti perlawanan lain walaupun mereka turun sebagai underdog,” katanya.

Pencapaian ini boleh dianggap sebagai sejarah buat Lopez memandangkan beliau baru sahaja mengambil alih pasukan pada 24 Disember lalu bagi menggantikan Carlos Queiroz yang dipecat selepas 11 perlawanan.

Bekas pengendali kelab La Liga, Espanyol itu bagaimanapun turut memberikan kredit kepada Queiroz dan seorang lagi bekas jurulatih, Felix Sanchez kerana sudah menyediakan asas cukup baik dalam pasukan.

“Memang benar saya baru sahaja ambil laih pasukan tetapi apa yang membantu saya adalah saya sudah mengenali pemain-pemain ini. Saya juga menghormati apa yang dilakukan Sanchez dan Felix sebelum ini,” ujar Lopez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI