fbpx

Pengunjung jilat dinding hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lantai, dinding, tiang dan sofa di hotel itu diperbuat daripada garam. - Solent

LA PAZ, Bolivia – Sebuah hotel terletak berhampiran Banjaran Andes di rantau Amerika Selatan digelar paling aneh di dunia kerana dibina sepenuhnya daripada garam, lapor akhbar The Sun.

Hotel Palacio de Sal yang bermaksud Istana Garam itu dibina di tepi pantai Salar de Uyuni iaitu sebuah tasik prasejarah yang kering, meninggalkan padang pasir seluas 6,437 kilometer persegi di Bolivia.  

Kira-kira 10,000 tan garam digunakan untuk membina perabot, dinding, lantai dan arca di hotel tersebut, malah senarai makanan dalam menu yang disajikan kepada tetamu menonjolkan penggunaan garam.

Gambar dirakam di hotel tersebut memaparkan tiang dan dinding batu bata diperbuat daripada garam.

Lantai bilik hotel tersebut dipenuhi dengan garam, manakala terdapat juga sofa diperbuat daripada garam. 

Menu di restorannya pula menawarkan ‘hidangan masin’ menggunakan daging Llama, kambing dan ayam.

Seorang kakitangan berkata, tetamu mereka kagum apabila mengunjungi hotel tersebut sehingga ada yang cuba menjilat dinding dan perabot untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI