fbpx

Pencuri lari tinggalkan 20kg benih kerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benih kerang yang dirampas di jeti Kuala Selangor, Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Dua lelaki nekad melarikan diri dengan meninggalkan guni berisi 20 kilogram (kg) benih kerang yang disyaki dicuri mereka di jeti Kuala Selangor di sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, perkara itu dikesan kira-kira pukul 2.15 petang semasa rondaan dilakukan pihaknya.

Katanya, pemantauan mendapati dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum melarikan diri ketika dihampiri pihaknya.

“Hasil pemeriksaan menemukan benih kerang di dalam guni dianggarkan bernilai RM2,000 yang ditinggalkan mereka.

“Kesemuanya dirampas telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi tindakan dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Abdul Muhaimin, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu Perkara 4(3) (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) atas kesalahan mengambil sebarang benih spesies kerang dari lokasi habitat semula jadinya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI