fbpx

Walau jumlah kecil tapi beri imej buruk kepada PDRM – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di IPD Melaka Tengah, Melaka hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di semua peringkat memperbaiki dan mengubah imej bagi mengembalikan integriti agensi itu.

Anwar menegaskan, Malaysia mempunyai rekod cemerlang melibatkan banyak perkara tetapi ia tercemar kerana salah guna kuasa dan rasuah yang merosakkan imej dan integriti PDRM.

“Beberapa hari lalu Ketua Polis Negara menyergah kuat pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa.

“Dia maklum pada saya ia jumlah yang kecil tetapi saya kata walau jumlah yang kecil ia memberikan imej yang buruk kepada PDRM keseluruhannya.

“Jadi saya minta kerjasama daripada pasukan polis di semua peringkat perbaiki dan cuba ubah, berubah imej untuk sistem di negara ini,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut bersetuju dengan cadangan agar IPD Melaka Tengah berpindah ke lokasi baharu iaitu di Wisma Amanah, Batu Berendam.

Menurutnya, kerajaan akan meluluskan peruntukan antara RM4 juta atau RM5 juta bagi membaik pulih dan membiayai perpindahan 948 anggota ke Wisma Amanah tidak lama lagi.

“IPD Melaka Tengah ini yang paling teruk saya saksikan, sebab itu saya dalam kunjungan singkat bersetuju dengan saranan berpindah ke lokasi baharu dengan segera,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI