fbpx

Sembilan kenderaan musnah, bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan buah kereta musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel, Jalan Miri, Taman Beringin, Jingjang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel kenderaan serta sembilan buah kereta musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Miri, Taman Beringin, Jingjang, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.20 pagi tadi.

Tambahnya, sebanyak lima jentera serta 25 anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul dan BBP Manjalara digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta.

“Turut terlibat empat buah kereta, sebuah lori dan empat buah motosikal terbakar. Tindakan pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahan pada kesemua kenderaan melibatkan 90 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan oleh Unit Siasatan Kebakaran. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI