fbpx

Pelancong dakwa daging kucing dijual di Petaling Street

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto keadaan pasar basah di Petaling Street, Kuala Lumpur yang dimuat naik Ragib di Instagram miliknya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang juruvideo dari United Kingdom mendakwa seorang peniaga menjual daging kucing di sebuah pasar basah di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Beliau yang dikenali sebagai Ragib Choudhury itu mendedahkan perkara tersebut selepas memuat naik beberapa foto di Instagram miliknya, kelmarin.

Menceritakan pengalamannya, beliau terpanggil untuk memasuki sebuah pintu ketika melalui sebuah lorong di belakang pasar terbabit.

“Saya masuk dan ambil beberapa gambar sehingga saya melihat sebuah bilik kecil yang menarik perhatian saya. Saya pernah mendengar cerita orang makan kucing, tetapi sukar untuk membayangkannya.

“Di hadapan saya, saya melihat seekor anak kucing dalam sangkar. Pada masa itu, saya hanya berfikir, mungkin haiwan peliharaan seseorang’,” katanya.

Menurut Ragib, dia kemudian melihat sebuah gerai daging serta dua ekor kucing yang dikurung dalam sangkar berasingan.

“Kali ini, terdapat label di atas sangkar yang mengatakan, bukan untuk dijual. Ini haiwan peliharaan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia melihat seorang wanita menghampiri bahagian kaunter sebelum menghiris daging kucing itu.

“Mereka berdua memandang ke arah saya ketika saya cuba ambil gambar. Saya terus meninggalkan tempat itu secepat mungkin,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi, namun ada yang berpandangan bahawa kedai tersebut menjual daging khinzir berdasarkan saiz daging tersebut.

Kapsyen pada hantaran tersebut telah dikemas kini pada hari ini dengan menyatakan bahawa foto tersebut diambil pada 22 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI