fbpx

Kena bayar jika panggil ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah ambulans Jabatan Bomba Matsusaka dirakam di Matsusaka, wilayah Mie pada 5 Februari lalu. – Mainichi

TOKYO – Tiga hospital di bandar Matsusaka, tengah Jepun akan mengenakan caj penjagaan kecemasan kepada pesakit bagi setiap ambulans yang dipanggil sekiranya mereka tidak bermalam di hospital, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Di bawah langkah tersebut, hospital  yang terlibat akan mengenakan caj sebanyak 7,700 yen (RM247.25) bagi setiap kes seumpamanya.

Hospital yang terlibat ialah Hospital Besar Saiseikai Matsusaka, Hospital Besar Matsusaka Chuo dan Hospital Perbandaran Matsusaka.

Datuk Bandar Matsusaka, Masato Takegami berkata, langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan ambulans secara betul dalam kalangan penduduk.

“Ia tidak bermaksud ‘jangan hubungi ambulans’. Kami tidak mahu orang ramai terus  menelefon ambulans apabila  mereka jatuh sakit,” katanya.

Menurut pentadbiran Matsusaka, pengecualian untuk caj ambulans itu termasuk mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan penjawat awam yang cedera semasa menjalankan tugas dan kes kecemasan dengan surat rujukan daripada doktor keluarga.

Sebuah kumpulan perhubungan ditubuhkan oleh persatuan perubatan tempatan dan pihak berkepentingan lain pada Disember 2021 bagi menangani masalah peningkatan panggilan ambulans di bandar tersebut.

Pada 2022, bilangan panggilan ambulans terus meningkat mencecah 15,539 panggilan.

Tinjauan kumpulan perhubungan melibatkan tiga hospital utama di bandar Matsusaka antara April hingga Jun 2022 mendapati lebih separuh daripada panggilan kecemasan yang diterima  hanya memerlukan rawatan pesakit luar.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI