fbpx

Kekuatan, karisma sempena Tahun Naga – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan bekerja lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

Dalam ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini, Perdana Menteri berkata, menurut kalendar kaum Tionghua, Tahun Naga membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan.

“Justeru, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia mesti teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani.

“Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah,” kata beliau di laman sosial rasmi hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI