fbpx

Jenama tempatan masih belum manfaatkan teknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasaran di Malaysia masih baharu dalam penggunaan AI untuk pengukuhan jenama barang dan perkhidmatan. –Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jenama di negara ini dilihat agak ketinggalan untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menambah baik pengalaman pengguna, berdasarkan laporan Si­tuasi Pengalaman Digital Pengguna oleh Adobe.

Menurut tinjauan yang dilakukan, sebanyak 47 peratus daripada responden pengguna di negara ini memilih perkhidmatan dan ciri yang dikuasakan oleh AI berbanding interaksi manusia, jauh lebih tinggi berbanding purata global pada 39 peratus.

Namun, pada masa sama, hanya lapan peratus jenama di Malaysia memanfaatkan AI ge­neratif untuk meningkatkan inisiatif pengalaman pengguna berbanding purata global 18 peratus di seluruh dunia.

Selain itu, 11 peratus jenama di seluruh dunia sedang mewujudkan inisiatif peningkatan kemahiran untuk bekerja dengan AI ge­neratif, berbanding hanya enam peratus jenama di Malaysia.

Naib Presiden, Asia Adobe, Simon Dale berkata, pengguna masa kini dengan pantas me­nerima pengalaman yang diterajui AI generatif.

“Walaupun jenama di Malaysia ketinggalan dari segi penggunaan AI, namun penemuan kami menunjukkan bahawa isu ini akan berkembang tidak lama lagi kerana Malaysia serta pasaran Asia yang lain telah bersedia ke arah teknologi tersebut dengan lebih pantas, di tengah-tengah kesedaran berterusan tentang faedah langsung yang ditawarkan oleh AI generatif.

“Bercakap mengenai strategi perniagaan, kebanyakan jenama di Malaysia mengakui bahawa penambahbaikan pengalaman pelanggan adalah keutamaan penting.

“Keadaan ini memacu jenama untuk tertumpu kepada perkembangan pengalaman digital mereka, yang mana ia digariskan oleh penekanan strategik pada inte­raksi yang fleksibel dan diperi­badikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI