fbpx

Aspek keselamatan Maahad Tahfiz jadi keutamaan- MB Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tengah) ketika gimik Perasmian Majlis Pecah Tanah Maahad Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Bapong di Lipis, hari ini.

LIPIS – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengutamakan aspek keselamatan khususnya melibatkan prasarana bangunan Maahad Tahfiz di seluruh negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemantauan keselamatan dilakukan dari semasa ke semasa khususnya melibatkan pihak berautoriti iaitu pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Aspek keselamatan bangunan maahad tahfiz sentiasa menjadi keutamaan dan saya juga sering kali mengingatkan sekiranya tidak dapat kelulusan terutama daripada pihak bomba kita tidak akan benarkan para pelajar berada di bangunan tersebut.

“Ini adalah perkara wajib yang mesti dipatuhi dan pemantauan akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Maahad Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Bapong di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri Pahang sangat cakna tentang perkembangan pendidikan dan usaha mengembangkan syiar Islam.

“Sekiranya ada tuduhan negeri Pahang tidak Islamik dan sekular, ia sama sekali tidak benar. Kita sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan pendidikan dan syiar Islam.

“Malahan kita menghantar para pelajar negeri Pahang bagi menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan terkini kita akan hantar ke Morocco,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI