fbpx
Tahun 2024 merupakan Tahun Naga dengan elemen kayu.

Simbolik Tahun Naga Kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAGA merupakan simbol yang sinonim bagi masyarakat Cina dan berkait rapat dengan legenda, perayaan, astrologi, seni, nama dan simpulan bahasa.

Naga dikatakan mengawal unsur semula jadi lain yang dikaitkan dengan hujan, angin, awan, guruh dan kilat.

Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

Menurut profesor Cina di Universiti Delaware, Amerika Syarikat, Dr Jianguo Chen, Tahun Naga menandakan kuasa, kekuatan dan tuah.

“Sebagai satu-satunya haiwan mitos dalam zodiak Cina, naga sangat istimewa yang menjadikan tahun ini dan kitaran 12 tahun sebelumnya sebagai tahun yang diingini untuk bayi dilahirkan.

“Terdapat juga banyak tradisi yang menekankan tema naga dalam ucapan dan hiasan kerana ia dipercayai bakal membawa nasib baik,” katanya kepada satu media antarabangsa.

Setiap tahun, zodiak haiwan ini akan hadir dengan elemen-elemen sama ada besi, kayu, air, api dan tanah. Untuk lebih tepat, tahun ini merupakan Tahun Naga Kayu.

Tahun Naga Kayu iaitu tahun seperti 1964 dan 2024 adalah sangat jarang berlaku, malah ia hanya datang sekali setiap 60 tahun dengan membawa sejenis tenaga yang istimewa.

Menurut pakar feng shui, Steven Chen, pada tahun ini, pengaruh kuat naga adalah selaras dengan kualiti penting kayu.

“Dalam astrologi Cina, tahun seseorang itu dilahirkan boleh mempunyai pengaruh besar kepada personaliti dan kehidupan mereka.

“Menjadi naga kayu bermakna individu tersebut mempunyai beberapa kualiti hebat yang membuat diri mereka menonjol,” kongsinya.

Katanya lagi, naga kayu datang dengan ciri-ciri istimewa dan dikelilingi nilai-nilai yang positif.

Individu lahir di Tahun Naga Kayu mempunyai keyakinan tinggi dan karisma semula jadi. Mereka tidak gentar hadapi cabaran, namun pada masa sama mempunyai sisi penyayang dan belas kasihan.

“Individu naga kayu juga selalunya agak kreatif dan mempunyai kebolehan mencipta idea dan penyelesaian unik.

“Mereka juga seorang yang pandai berkomunikasi dan boleh berhubung dengan orang dari semua lapisan masyarakat dengan mudah.

“Selain itu, mereka turut sukakan pengembaraan dan terbuka untuk mencuba perkara baharu,” jelasnya.

Katanya lagi, naga kayu mempunyai kualiti kepimpinan semula jadi dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain dengan penuh semangat.

Mereka juga mahir dalam mengendalikan situasi rumit serta mencari resolusi aman.

Zodiak Cina melibatkan 12 haiwan antaranya kuda, ayam, ular, naga, harimau, tikus dan lain-lain.

Bagaimanapun, dari segi kekurangan, naga kayu juga boleh dikaitkan dengan degil, sombong dan tidak sabar sehingga adakalanya membuat keputusan tanpa memikirkan kesannya. Terdapat juga kemungkinan cenderung kepada dominasi dan mendatangkan ketakutan.

Tahun Naga Kayu juga dikaitkan sebagai tahun yang membawa peluang evolusi dan penambahbaikan.

Secara keseluruhannya tenaga Tahun Naga ialah adalah kompetitif dengan manusia-manusia mempunyai dorongan kuat untuk mengharapkan dihormati.

Ahli astrologi berpusat di Hawaii, Cathryn Moe berkata, tahun ini adalah peralihan dari tahun 2023 iaitu arnab (haiwan paling lembut dalam zodiak) ke naga, jadi ia melambangkan manusia akan melalui perubahan hidup yang dramatik. Tahun 2022 ialah harimau air, manakala 2023 arnab air.

“Setiap orang, tidak hanya mereka yang lahir dalam Tahun Naga, dapat merasakan tahun ini merupakan tahun yang transformatif,” katanya.

Tahun Naga Kayu dijangka memberi kelebihan kepada bidang keusahawanan, kejuruteraan, teknologi, keselamatan siber dan fesyen.

Menurut South China Morning Post, Tahun Naga Kayu juga dikatakan bakal memberi impak kepada alam sekitar.

“Ketidakseimbangan unsur air boleh membawa banjir dan ketidakstabilan ke banyak kawasan seperti tanah runtuh,” katanya.

Selain itu, tahun naga juga meningkatkan kemajuan saintifik yang hebat yang mana ini akan diperkuat oleh kecerdasan unsur kayu tahun ini.

Teknologi digital dan perkembangan robotik akan meningkat dengan secara keseluruhan, 2024 melahirkan inovasi positif membawa manusia ke masa hadapan.

“Pada masa sama, naga kayu boleh membawa pengaruh positif ke atas pengurusan konflik geopolitik sedia ada. Pemimpin dunia harus gunakan empati dan penyelesaian kreatif untuk mencari resolusi diplomatik bagi konflik global,” tulisnya.

Ahli astrologi Kanada, Paul Ng menyifatkan Tahun Naga Kayu akan menjadi tahun ‘tuah dan kekayaan’ dengan ekonomi dunia bertambah baik tetapi perang akan berterusan apabila negara-negara berjuang untuk mendapatkan ‘kuasa’.

Sementara itu, menurut lifestyleasia. com, warna dijangka membawa tuah bagi Tahun Naga Kayu ialah hijau limau (green lime), kuning atau emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN