fbpx

Mayat lelaki warga asing terapung di tasik Seksyen 14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasik Seksyen 14 - GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Satu mayat lelaki warga asing ditemui terapung di tasik Seksyen 14 di sini oleh orang awam kira-kira pukul 8.19 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri tersebut disyaki warga asing kerana tidak mempunyai suntikan bacillus calmette guerin (BCG).

Katanya, sewaktu ditemui lelaki tersebut berpakaian lengkap dalam keadaan terlangkup.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka melecet pada kedua-dua bahagian leher dan luka kecil pada pipi dan hidung, tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh mangsa yang boleh menyebabkan kematiannya,” katanya hari ini.

Jelas beliau, mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah disiasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI