fbpx

[VIDEO] Lelaki simpan rambut ala helmet 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan bentuk rambut lelaki berkenaan menyerupai helmet.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai di Pulau Pinang, menjadi popular di media sosial gara-gara memiliki rambut seperti helmet.

Menerusi perkongsian video @Eddie82 di TikTok, lelaki berkenaan mengakui bahawa rambutnya asli dan telah ‘dijaga’ selama 40 tahun.

“Rambut asli, simpan 40 tahun. Saya sendiri buat,” katanya ketika disoal @Eddie82.

Orang ramai bukan sahaja beranggapan bentuk rambut lelaki yang bekerja menjual barangan terpakai itu unik, malah turut menyifatkan ia sesuatu yang lucu.

“Kalau lalu tepi JPJ pun tak perasan ingatkan dah pakai helmet. Tinggal nak letak visor ja,” komen @liya.

“Polis pun keliru nak sama atau tak,” ujar @niniy.

“Memang unik rambut Uncle ni. Dalam Malaysia, dia sorang ja rambut macam ni, comel. Uncle ni pun gelak ja,” usik @Toonas. – KOSMO! ONLINE

@eddieyou6♬ original sound – Eddie82

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI