fbpx

43 tahanan lolos Depot Imigresen Sementara Bidor masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA POLIS DAERAH TAPAH, Superintenden Mohd. Naim Asmawi (dua dari kanan) berkata sesuatu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor yang berjaya ditahan di lokasi sekitar Tapah dalam satu operasi khas malam semalam. - Gambar Ihsan PDRM.

TAPAH – Operasi bersepadu polis, imigresen dengan bantuan orang awam bagi memburu tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) semakin membuahkan kejayaan dengan status terkini hanya 43 orang masih belum ditangkap daripada jumlah keseluruhan 131 orang.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi khas yang bermula sejak Khamis, minggu lalu sehingga kini telah berjaya menangkap 86 tahanan.

“Seramai 64 orang ditangkap polis sementara 22 lagi oleh pihak imigresen yang menjadikan jumlah keseluruhan 86 tahanan.

“Sehingga kini, jumlah tangkapan telah meningkat iaitu daripada 131 tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, 86 tahanan telah berjaya ditangkap, 2 telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dengan baki 43 tahanan masih bebas.

“Tangkapan terkini hari ini melibatkan 26 tahanan lelaki etnik Rohingnya di kawasan Kilometer 326.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, kawasan rehat dan Rawat (R&R) arah selatan Tapah.

“Selain itu, rumah kongsi projek Felcra Sungai Gempel Bidor, Kampung Orang Asli Kenoh Tapah, kawasan pos Woh Jalan Pahang Tapah dan Kampung Batu Melintang Tapah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi bersepadu ini telah memasuki hari keenam sejak 131 tahanan lelaki itu berjaya meloloskan diri dari depot imigresen malam Khamis, minggu lalu.

Pusat tahanan sementara itu berada di lokasi strategik berhampiran lebuh raya, ladang kelapa sawit, kampung, kampung Orang Asli dan aliran sungai yang menuju bandar-bandar berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI