fbpx

Sempadan Selangor-Kuala Lumpur dimuktamad 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin dan Zaliha pada sidang akhbar di lobi SUK Selangor, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada tahun 2025.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, persempadanan ini penting termasuk dari segi pembayaran cukai, penguatkuasaan dan penyelenggaran utiliti antara kedua-dua negeri.

Bagaimanapun, beliau mengakui persempadanan tersebut adalah rumit kerana melibatkan premis dan kawasan yang telah tepu bina berbanding kawasan hutan dan pertanian seperti yang pernah ditandatangani bersama Pahang dan Negeri Sembilan sebelum ini.

“Sekarang ini telah bercantum di antara kedua-duanya (Selangor dan Kuala Lumpur). Kalau kita lihat Cheras, ada yang menanyakan Cheras mana sama ada Kuala Lumpur atau Kajang (Selangor) dan orang keliru. Jadi lebih baik persempadanan dibuat bagi menyelesaikan interest between two states.

“Setakat ini,kita sebanyak 19 lokaliti telah dibincangkan dalam persempadanan berkenaan termasuk Gombak, Ampang dan Hulu Langat. Namun, mungkin ada dua atau tiga lagi lokaliti,” katanya pada sidang akhbar di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa serta turut dihadiri agensi di negeri masing-masing berhubung hal persempadanan tersebut di bilik Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Amirudin menjelaskan, kedua-dua negeri akan bergantung kepada penjanjian lama seperti Penjanjian Penyerahan Kuala Lumpur dan Penyerahan Wilayah Persekutuan selain beberapa penjanjian persetujuan yang lain.

“Dulu tiada ukur tentu halus dan sekarang ini perlu ditetapkan sebetulnya supaya sah dan tepat. InsyaAllah, kedaulatan setiap tapak dan inci bagi tanah di kedua tempat akan dipelihara.

“Sebelum ini, kita telah tandatangani dua memorandum persefahaman (MoU). Sebelum MoU ketiga ditandatangani, kita akan bawa (isu persempadanan) kepada Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi pihak negeri Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan persempadanan itu tidak mempunyai sebarang kaitan kawasan Pilihan Raya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI