fbpx

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz dan Rozi

PETALING JAYA – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju melantik Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Negeri Johor.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional Negeri Terengganu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pelantikan pengerusi jawatankuasa penyelaras bahagian-bahagian berdasarkan fasal 24(A).

Selain itu katanya, pelantikan itu juga sempena Ulangtahun Jubli Emas BN yang ke-50 yang akan disambut pada Jun depan.

Pada masa sama, Zambry memaklumkan Dewan Tertinggi BN turut menghormati keputusan Lembaga Pengampunan selaras Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Dewan Tertinggi mendukung segala langkah yang bakal diambil selaras dengan lunas undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Barisan Nasional turut menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, BN turut merafak sembah tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah dimashurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII.

“Semoga pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku akan membawa Malaysia ke arah lebih makmur dan sejahtera,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI