fbpx

250 pelajar terima zakat berupa akaun Simpan SSPN Prime dari PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza bergambar bersama penerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Kasih Prihatin Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sembilan hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyerahkan zakat berupa akaun Simpan SSPN Prime kepada 250 orang pelajar di sekitar Negeri Sembilan.

Sumbangan bernilai RM33,500 termasuk kotak makanan berupa barangan keperluan harian itu adalah hasil kerjasama PTPTN bersama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT).

Menerusi satu kenyataan, PTPTN berkata, Program Kasih Prihatin Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu melibatkan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin, Sekolah Kebangsaan Si Rusa dan Sekolah Kebangsaan Sungala.

Jelas PTPTN, semua pelajar terbabit menerima RM150 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime, di mana RM100 sumbangan PTPTN dan tambahan RM50 daripada Yayasan LTAT.

“Pada majlis yang sama, PTPTN turut memberikan sumbangan kotak makanan kepada 80 orang penerima asnaf daripada anggota ATM dan lima orang penerima asnaf daripada warga veteran ATM,”katanya.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungala,
Kem Sungala, Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Sementara itu, Norliza berkata, program seumpama itu sudah tentu akan memberi manfaat kepada warga dan veteren ATM dalam membantu meringankan beban kewangan sekali gus membudayakan amalan penabungan melalui Simpan SSPN.

“PTPTN akan terus komited melaksanakan program-program CSR terutamanya dalam aspek pendidikan demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.

“Diharapkan melalui sumbangan dan kerjasama antara PTPTN dan Yayasan LTAT yang ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan.

“Malah, ia meningkatkan motivasi anak-anak untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik serta sahsiah sekali gus menjadi modal insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,”ujarnya.

Terdahulu, Yayasan LTAT telah memberikan sumbangan kepada anak-anak warga ATM dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Ia melibatkan seramai 65 pelajar lepasan SPM dengan sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Selain itu, Yayasan LTAT turut memberikan sumbangan kepada 275 orang anak-anak warga ATM yang cemerlang dalam SPM 2022 sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Sumbangan berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM477,500.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI