fbpx

Wanita dakwa dikurung suami selama 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dibebaskan oleh polis beberapa hari lalu. - Screengrab/India Today

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Karnataka, selatan India mendakwa dia dikurung oleh suaminya di dalam rumah mereka selama 12 tahun, lapor laman berita Wion News semalam.

Setelah diselamatkan polis beberapa hari lepas, mangsa enggan memfailkan aduan dan memutuskan untuk tinggal di rumah ibu bapanya.

Wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an dan berasal dari bandar Mysuru, negeri Karnataka. Dia berkahwin dengan suaminya sejak 12 tahun lalu.

Mangsa mendakwa bahawa dia menggunakan sebuah kotak kecil sebagai tandas sepanjang tempoh dia dikurung.

“Sudah 12 tahun kami berkahwin. Dia selalu mengurung saya di dalam rumah dan menyiksa saya. Tiada siapa di kejiranan kami yang berani melawannya. 

“Anak saya bersekolah tetapi mereka akan kekal berada di luar rumah sehingga suami saya pulang dari kerja. Saya akan memberi mereka makanan melalui tingkap,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai polis memaklumkan bahawa wanita itu hanya dikurung selama dua hingga tiga minggu sahaja. Mangsa merupakan istri ketiga yang dikahwini lelaki berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI