fbpx

Britain akan uji peluru berpandu nuklear Trident

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar menunjukkan kapal selam HMS Vanguard.-- AFP

LONDON – Britain akan melancarkan ujian peluru berpandu nuklear miliknya Trident buat pertama kali sejak 2016 ketika konflik global semakin merun­cing , lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, notis amaran telah dikeluarkan kepada kapal-kapal yang melakukan pelayaran di Lautan Atlantik iaitu lokasi ujian peluru berpandu nuklear tersebut akan dilakukan.

Kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Vanguard yang akan melakukan ujian nuklear tersebut sudah belayar menuju ke lokasi yang ditetapkan awal minggu ini.

Ujian itu difahamkan menjadi tugas terakhir untuk HMS Vanguard yang bernilai £4 bi­lion (RM24.11 bilion) dan sebelum ini ditambah baik, sebelum ia kembali menyertai pasukan pertahanan Britain.

Gambar kapal selam berusia 30 tahun itu dirakam belayar dari Port Canavarel, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu, lapor akhbar The Sun. Ujian nuklear itu dijangka diadakan dalam tempoh beberapa hari lagi.

HMS Vanguard boleh membawa sebanyak 16 peluru berpandu Trident 2 D5 yang dibina oleh syarikat dari AS, Lockheed Martin.

Setiap peluru berpandu itu boleh membawa peledak nuklear 20 kali ganda lebih berkuasa berbanding bom atom yang digugurkan di bandar raya Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera AS semasa Perang Dunia Kedua.

Peluru berpandu Trident boleh bergerak sejauh 12,000 kilometer iaitu jarak kasar antara kota London ke Indonesia.

Amaran tentang ujian itu dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Kebangsaan Geospatial AS kepada kapal-kapal yang mungkin berada di laluan peluru berpandu tersebut, lapor The Sun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI