fbpx

Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan ketua bahagian UMNO esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan perjumpaan khas bersama ketua-ketua bahagian parti itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, esok.

Ia dipercayai bagi menjelaskan kedudukan parti itu susulan pengumuman pengurangan tempoh hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di aplikasi X, sebentar tadi.

“Perjumpaan khas tertutup Presiden UMNO (Ahmad Zahid) bersama ketua-ketua bahagian UMNO akan diadakan pukul 4 petang esok di Dewan Tun Hussein Onn, WTC,” katanya.

Terdahulu, MKT UMNO mengadakan satu mesyuarat khas di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, hari ini bagi membincangkan berkaitan pengampunan Najib.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, MKT UMNO menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan usaha mendapatkan pembelaan untuk bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Sementara itu, ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, parti itu akan mendapatkan tandatangan ahli di seluruh negara sebelum mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman Najib sebanyak 50 peratus yang mana beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain itu, denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Najib menjalani hukuman sejak 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI