fbpx

Lelaki cedera, lengan tertusuk anak panah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cedera dilengan kanan ekoran tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan dalam kejadian di Kampung Ratau, Kota Belud malam tadi. -Foto JBPM

KOTA BELUD – Seorang lelaki cedera dilengan kanan ekoran tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan dalam kejadian di Kampung Ratau malam tadi.

Difahamkan, mangsa wyang berumur 25 tahun yang cedera itu dihantar ke Hospital Kota Belud namun pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba berikutan sukar untuk mengeluarkan anak panah terbabit.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan dari Kecemasan Hospital Kota Belud pada pukul 11.59 malam tadi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke hospital bagi membantu mangsa. Seorang lelaki tertusuk panah di lengan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan dan telah berada di hospital.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, keadaan mangsa stabil dan operasi tamat pada pukul 12.33 tengah malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI