fbpx

Mimpi dua tiang seakan pusara petanda menantu pergi buat selamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WASILAH menunjukkan gambar Nurul Saidatul bersama anaknya, Muhammad Khalif Iffat yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Mimpi seorang warga emas melihat anaknya membina pondok kecil dengan dua tiang seakan pusara seolah petanda apabila kehilangan menantunya dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3 di sini hari ini.

Wasilah Samsuri, 68, berkata, dia kehilangan menantunya, Nurul Saidatul Akmar Darwis, 36, yang maut bersama Mohamad Syahriel Aiman, 22, akibat kemalangan dua kenderaan kira-kira pukul 10.33 pagi.

Menurutnya, dia terjaga pada pukul 3 pagi dan terus tidak dapat melelapkan mata kerana tidak sedap hati.

“Mimpi saya jadi nyata bila lihat anak buat pondok kecil dengan hanya dua tiang sahaja malam tadi. Bila bangun pagi saya cuba juga hendak hubungi menantu dan anak tetapi kerana agak sibuk jadi tidak sempat.

“Bila dapat berita kemalangan itu padatengah hari memang terkejut terus saya hubungi anak bertanya hal tersebut sebelum dia memberitahu isteri dan anaknya terlibat kemalangan. Arwah sebelum ini menetap bersama saya sebelum berpindah di Kampung Tembioh sebulan lepas.

“Dia memang sering ulang alik menghantar ibunya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2. Cucu saya sepatutnya sekolah tetapi dia dalam proses pindah sekolah sebab itu ikut ibunya sekali semasa kejadian, “katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI