fbpx

GOLD 999 kini dibida RM29,999, tinggal 4 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NPI siri GOLD 999 telah mencatat harga bidaan RM29,999 hari ini.

PETALING JAYA – Nombor siri pendaftaran istimewa, GOLD 999 yang baru dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bidaan bermula pukul 12 tengah malam (semalam) 1 Februari kini telah mencecah harga tertinggi RM29,999.

Tinjaun di aplikasi JPJeBid hari ini menyaksikan, sehingga pukul 12.43 tengah hari tadi, tiga bidaan tertinggi telah mencatatkan harga nombor pendaftaran tersebut kini telah mencecah RM29,999.

Nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.

Penawaran NPI siri GOLD ini juga merupakan sebahagian usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi melaksanakan inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA.

Pendaftaran ini telah dibuka pada hari ini bermula pada pukul 12.00 malam dan ditutup pada 5 Februari 2024 (Isnin) pukul 10.00 malam, sementara keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024.

Harga bidaan bermula dari RM300 untuk nombor biasa, diikuti RM800 (nombor popular), RM3,000 (nombor menarik) dan RM20,000 (nombor bernilai utama). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI