fbpx

Budak perempuan lima tahun maut ditinggalkan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditinggalkan di dalam kereta hampir empat jam oleh ibunya di tempat letak kereta belakang Hospital Shah Alam (HSA), kelmarin.

Mangsa dikatakan ditinggalkan ibu yang juga kakitangan hospital itu selepas diambil daripada taska berhampiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 8.01 malam daripada pegawai perubatan HSA.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya berusia 34 tahun secara tidak sengaja di dalam kenderaan jenis Perodua Axia selepas diambil diambil dari taska kira-kira pukul 2 petang.

“Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan dan hanya disedari ibunya
kira-kira pukul 6 petang selepas dihubungi oleh suaminya.

“Mangsa kemudian telah dibawa ke Jabatan Kecemasan HSA dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya hari ini.

Jelas beliau, bedah siasat telah dijalankan pukul 2 petang semalam dengan berkeputusan ‘pending laboratory investigations’.

Ujar Mohd. Iqbal, pemeriksaan terhadap mangsa juga mendapati tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran mahu pun dalaman.

“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syer Aidid ditalian 013-6544996,” katanya.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa mengambil anak-anak mereka semasa pulang dari sekolah atau taska terutamanya yang masih kecil supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI