fbpx

40 mangsa bot karam di DR Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nahas itu mungkin berpunca daripada muatan berlebihan kerana bot tersebut turut membawa barang. – Anadolu

KINSHASA, REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO – Sebanyak 40 orang dipercayai terkorban selepas bot penumpang karam di sebuah tasik di wilayah Kivu Selatan, Republik Demokratik Congo (DR Congo), Ahad lalu.

Agensi berita Anadolu melaporkan seorang pegawai sebagai berkata semalam bahawa 10 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini, manakala lima mayat telah ditemui.

Harapan ahli keluarga untuk menemui lebih ramai mangsa terselamat pudar ketika usaha pencarian memasuki hari keempat semalam.

Ketika kejadian, bot kayu itu sedang menyeberangi Tasik Kivu dari Bukavu menuju ke wilayah Idjwi. Bot itu membawa kira-kira 50 penumpang.

Pegawai wilayah Kivu Selatan, Mustafa Mamboleo berkata, bot tersebut karam ketika tasik bergelora.

Beliau menambah, nahas itu mungkin berpunca daripada muatan berlebihan kerana bot tersebut turut membawa barang.

“Anggota marin menemui mayat kapten bot petang Isnin lepas, manakala mayat seorang wanita ditemui keesokan harinya,” kata seorang pegawai maritim di Kivu Selatan, Ngongo Chishibanji.

Tambahnya, usaha mencari diteruskan dengan kira-kira 35 penumpang masih hilang.

“Namun, kebarangkalian untuk menemui mangsa selamat amat rendah,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI