fbpx

Pengampunan Najib dibincangkan sepintas lalu pada mesyuarat Kabinet- Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) dan Najib.

PUTRAJAYA – Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada dimaklumkan secara sepintas lalu pada mesyuarat mingguan Kabinet yang diadakan di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar khas tadi.

“Dimaklumkan (pengampunan Najib) sepintas lalu, tapi bukan Kabinet (bidang kuasa menetapkan pengampunan). Pardon Board (Lembaga Pengampunan) seperti Perlembagaan.

“Jadi, kita bincang, tapi kita faham ia bawah bidang kuasa (Lembaga Pengampunan),” katanya.

Sebelum ini, Najib gagal dalam permohonannya bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. dihadapinya.

Berikutan keputusan itu, Najib kekal dipenjara yang mana pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap tujuh pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI