fbpx

Bakar gerai selepas gagal beli bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai yang terbakar dalam kejadian di Taman Eng Ann, Klang, Selangor semalam.

KLANG – Angkara gagal membeli bunga api membuatkan seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan membakar gerai jualan tersebut di Taman Eng Ann di sini, semalam.

Ini dilakukan suspek berusia 25 tahun dengan membaling botol petrol sehingga menyebabkan sebahagian besar gerai jualan itu musnah dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang insiden yang telah menyebabkan kerugian mencecah RM18,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 50an sedang berniaga limau, bunga api dan mercun di tepi jalan taman perumahan tersebut.

Jelas beliau, pengadu kemudian didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 135LC yang mahu membeli bunga api.

“Selepas membungkus, suspek dikatakan tidak mempunyai wang untuk membelinya dan pengadu mengambil semula bungkusan itu. Namun, lelaki itu datang semula ke gerai berkenaan dengan membaling botol berisi petrol sehingga berlaku kebakaran yang berjaya dipadamkan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gerai jualan milik mangsa itu baharu seminggu sahaja beroperasi di lokasi tersebut.

Tambah Mohd. Khairi, hasil maklumat membawa kepada penahanan suspek di Taman Karuppiah, Padang Jawa di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi yang juga seorang penganggur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI