fbpx

Liga Malaysia: Sistem VAR bakal diuji April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MFL mengesahkan sistem VAR akan diperiksa FIFA bermula April nanti.

PETALING JAYA – Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 dianjakkan ke 10 Mei depan bagi membolehkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MFL, keputusan itu dibuat susulan pertukaran tarikh pemeriksaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk sistem terbabit yang sepatutnya dilakukan pada Februari ditukar kepada bulan April.

Kata MFL, siri perlawanan ujian VAR membabitkan kelab-kelab Liga M yang bakal diadakan pada 22 April hingga 5 Mei 2024 itu hanya boleh dilakukan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat kelulusan daripada FIFA.

“Seperti pengumuman MFL sebelum ini, sistem VAR yang bakal digunakan dalam Liga M tahun ini berkonsepkan mobil VAR dan siri perlawanan ujian itu penting untuk MFL menguji kestabilan, kekukuhan dan ketahanan sistem VAR dalam perlawanan kompetitif yang disiarkan secara langsung.

“Malah perlawanan ujian itu juga penting untuk MFL menguji pergerakan mobil VAR ke venue-venue, pengurusan penyiaran, pemahaman pegawai dan pasukan serta tahap kesediaan kemudahan venue terlibat.

“Berikutan perubahan tarikh pemeriksaan FIFA terbabit, MFL terpaksa melewatkan tarikh sepak mula Liga M seminggu berbanding tarikh asal iaitu 3-5 Mei ke 10-12 Mei 2024.

“MFL kini dalam perbincangan bersama kelab-kelab yang terlibat dengan siri perlawanan ini dan maklumat lanjut mengenai perancangan ini akan diumumkan sebaik sahaja butiran dimuktamadkan,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai semua empat trofi Liga M musim lepas seperti Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI