fbpx

Calon SPM STAB dapat sarapan, makan tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR SMK Tengku Aris Bendahara mendapatkan sarapan pagi yang disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu hari ini.

KLUANG – Seramai 261 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara (STAB) di sini yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari menerima bekalan sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Penyediaan bekalan makanan itu adalah sebahagian inisiatif PIBG sekolah itu untuk memastikan emosi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tidak terganggu selain bersedia menjawab soalan dalam keadaan selesa.

Seorang pelajar, Ahmad Zulkarnain Murad, 17, mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG dan Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) yang telah mencetuskan idea tersebut bagi memudahkan pelajar menduduki peperiksaan.

“Alhamdulilah, pagi tadi kami dibekalkan dengan air serta roti sebagai alas perut sebelum masuk ke dewan peperiksaan, walaupun ringkas namun tetap mengenyangkan.

“Paling utama adanya makan tengahari bagi mereka yang mempunyai kertas ujian kedua dan inisiatif ini membolehkan pelajar tidak perlu berulang alik ke rumah untuk makan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Nor Hidayat Azrunizam, 17, berharap pendekatan yang diguna pakai untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang.

Ujarnya, tidak semua pelajar berkesempatan untuk mendapatkan sarapan pagi sebelum ke sekolah berikutan beberapa kekangan seperti jarak perjalanan selain pengangkutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI