fbpx

Sarjan polis ditahan kes rogol pelajar 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusri (tiga dari kanan) bersama Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris (tiga dari kiri) bergambar ketika merasmikan program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di pekarangan IPK Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Anggota polis berpangkat sarjan yang dipercayai terlibat dalam kes rogol pelajar perempuan tingkatan empat di Seri Iskandar tahun lalu, telah ditahan semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 42 tahun itu diberkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

“Suspek ditahan reman sehingga Rabu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Selain mangsa, kita telah memanggil beberapa saksi lain untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol anggota polis berpangkat sarjan berusia 42 tahun.

Difahamkan, perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam kereta di hadapan balai polis dan di kawasan tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada Julai dan Oktober, tahun lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas remaja terbabit memberitahu ibunya berkaitan kejadian berkenaan baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI