fbpx

Pewartaan kategori, harga tiket bas ekspres perlu ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laili (tengah) menunjukkan memorandum yang dihantar oleh Pembawa kepada Kementerian Pengangkutan dan APAD pada sidang akhbar di Pejabat Bas Ekspres Perdana, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan disarankan untuk menambah baik pewartaan kategori atau spesifikasi harga tiket sedia ada melibatkan bas ekspres kelas ekonomi dan eksekutif bagi mengelakkan pengusaha bas sesuka hati menaikkan harga tambang.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Laili Ismail berkata, pelaksanaan penetapan harga itu perlu bagi mengelakkan lebih ramai pengusaha bas rugi dan bakal gulung tikar.

“Jangka hayat industri bas ekspres di negara ini hanya mampu bertahan dalam masa 10 bulan sekiranya perkara itu tidak dipantau oleh kerajaan.

“Maka, kita harapkan kerajaan perlu melakukan tindakan segera dalam usaha menyelamatkan industri bas ekspres,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bas Ekspres Perdana, Teluk Mesira di sini hari ini.

Laili memberitahu, kadar siling tambang bagi kategori ekonomi adalah 0.93 sen untuk 1 kilometer (km) manakala harga lantai kategori eksekutif pula 15 sen bagi jarak yang sama.

Menurutnya, pihak Pembawa tidak mahu caj tambang dinaikkan, namun berharap pewartaan spesifikasi bagi dua kelas itu diperkemaskan sahaja buat masa ini.

“Kita tidak mahu rakyat terbeban memandangkan mereka mempunyai pilihan sama ada untuk memilih bas ekonomi dengan harga lebih rendah atau kategori eksekutif sekiranya inginkan keselesaan. Itu merupakan pilihan penumpang.

“Kita sudah menghantar memorandum kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 21 Disember lalu agar pewartaan penambahbaikan itu dinilai semula,” ujarnya.

Beliau juga berharap usaha itu dapat menyelamatkan penutupan operasi syarikat bas ekspres sekali gus memberi peluang cerah kepada industri pengangkutan awam negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI