fbpx

Pasar mini dikompaun jual tomato RM15 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMATO yang dijual sebuah pasar mini di Masjid Tanah, Melaka pada harga RM15 sekilogram.

ALOR GAJAH – Sebuah pasar mini di Masjid Tanah di sini dikenakan kompaun selepas dikesan tidak mempamerkan tanda harga bagi jualan tomato dan menjual bahan keperluan itu pada harga tidak munasabah iaitu RM15 bagi sekilogram.

Tindakan Kompoun On The Spot (KOTS) berjumlah RM200 itu dikeluarkan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri yang membuat risikan di premis tersebut pagi tadi.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, risikan itu merupakan hasil aduan diterima daripada pengguna yang terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM14.25 bagi kira-kira enam biji tomato dibeli.

“Hasil siasatan penguat kuasa kita di premis tersebut mendapati pemilik gagal mempamerkan tanda harga bagi tomato dan mengaku bersalah bagi kesalahan tersebut.

“Pemilik juga mengakui menjual tomato kepada pelanggan pada harga RM15 sekilogram dan kita telah arahkan supaya meletakkan kadar yang lebih munasabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil soal siasat pemilik premis memberikan alasan tomato yang dijual di pasar mini tersebut adalah gred A dan harga didapatkan daripada pihak pembekal juga agak tinggi.

“Selepas memberikan beberapa saranan pemilik pasar mini bersetuju menurunkan harga tomato kepada RM8.99 sekilogram.

“Kita juga telah menasihatkan dia untuk memperbaiki tanda harga supaya lebih jelas,” ujarnya.

Katanya, tindakan dikenakan terhadap pasar raya tersebut dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI