fbpx

[VIDEO] Samun kedai serbaneka sembur jurujual guna alat pemadam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV dua lelaki menyembur dua jurujual wanita menggunakan alat pemadam api dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Guar Chempedak, Yan pada Khamis lalu.

YAN – Dua penjenayah bertindak menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun ke atas sebuah kedai serbaneka di Guar Chempedak, dekat sini pada Khamis lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian turut viral di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, dua lelaki dilihat meluru masuk ke dalam premis dengan salah seorang daripada mereka terus menyembur dua jurujual wanita yang berada di dalam premis dengan alat pemadam api.

Seorang lagi penjenayah melarikan sejumlah wang tunai dari mesin wang di kaunter bayaran.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada pukul 7.25 malam ketika dua jurujual wanita berada di dalam kedai.

Katanya, akibat kejadian itu, pemilik kedai mengalami kerugian sebanyak RM2,800 selepas peti mesin wang kedai dilarikan oleh dua suspek terbabit.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI