fbpx

RM11.7b Wang Tidak Dituntut sepanjang 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying ketika sesi walkabout sempena perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Chowrasta, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) yang direkodkan oleh Jabatan Akauntan Negara sepanjang tahun lepas dianggarkan telah mencapai RM11.7 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah yang tinggi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kesedaran rakyat untuk menuntut wang berkenaan ketika ini masih rendah.

Menurutnya, WTD bukan sahaja melibatkan wang yang masih disimpan dalam akaun bank tidak aktif untuk tempoh yang lama, malah turut melibatkan wang insurans, pembayaran dividen dan sebagainya yang sepatutnya dituntut sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, kementeriannya akan mengambil satu inisiatif bagi menguar-uarkan perkara tersebut kepada rakyat secara lebih mendalam.

“Projek (inisiatif) ini kita akan mulakan di Pulau Pinang melalui penubuhan satu bengkel oleh Jabatan Akauntan Negara bersama semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) di bawah pentadbiran Kerajaan Madani iaitu pada 6 Februari depan.

“Melalui bengkel tersebut, kita akan terangkan dengan teliti kaedah untuk menuntut wang berkenaan agar orang ramai boleh pergi ke sana (untuk membuat semakan sebelum menuntut wang tersebut) selepas ini.

“Jika penganjuran bengkel yang pertama ini berjaya, kita akan buat beberapa penambahbaikan sebelum melancarkannya ke negeri-negeri lain kerana jumlah WTD dijangka semakin meningkat pada setiap tahun,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan sesi ‘walkabout’ di Pasar Chowrasta di sini sambil mengagihkan limau Mandarin dan sampul angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Mengulas lanjut mengenai WTD, Hui Ying berkata, kerajaan tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membantu rakyat menguruskan wang itu ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI