fbpx

Fakrul mahu lebur rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAKRUL (tengah) menerima insentif daripada Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) pada Malam Anugerah Olahraga Malaysia 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BINTANG olahraga dalam pembikinan, Muhammad Fakrul Afizul Nasir mempunyai misi besar tahun ini apabila berhajat memecahkan rekod kebangsaan miliknya pada temasya Sukan ­Malaysia (Sukma) Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos nanti.

Fakrul, 19, mencipta sensasi tahun lalu apabila mencetak 51.26 saat (s) untuk meleburkan rekod 400 meter (m) berpagar kebangsaan berusia 18 tahun, 51.28s milik Mohd. Shahadan ­Jamaluddin pada Sukan SEA ­Manila 2005.

Atlet yang berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih, Amirul Naim Abdul Ghani di Sekolah Sukan Malaysia Pahang itu gigih melakukan persediaan mening­katkan teknik larian kerana ini adalah penampilan terakhirnya di pentas Sukma.

“Sudah pasti kejayaan saya memecah rekod kebangsaan me­ningkatkan motivasi untuk jalani latihan lebih baik selepas ini. Saya yakin mampu mengulangi aksi terbaik itu di Sukma Sarawak.

“Ketika ini misi saya adalah memecahkan rekod dengan catatan masa bawah 50s. Lagipun, ini adalah Sukma terakhir saya, jadi saya tekad buat yang terbaik ­untuk Kelantan,” katanya.

Fakrul yang berasal dari ­Tanah Merah, Kelantan, juga mahu menjadikan Sukma Sarawak sebagai platform terbaik buatnya melayakkan diri ke Sukan SEA 2025 berlangsung di Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Disember.

“Pastinya semua atlet mahu menjejakkan kaki ke Sukan SEA. Jadi itu adalah satu harapan saya untuk mendapatkan catatan terbaik pada tahun ini.

“Berdasarkan rekod semasa, saya kini berada di tempat keempat, jadi belum layak untuk Sukan SEA. Tetapi saya sedang berusaha ke arah itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI