fbpx

100 vendor makanan sertai Karnival Semarak Semenyih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai boleh mencari makanan popular dan tular daripada penganjuran karnival di Semenyih. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Karnival Semarak Semenyih 2024 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 1 Februari ini dijangka menarik kehadiran pengunjung lebih daripada 50,000 orang.

Pengerusi penganjur karnival tersebut, Nik Baizura Sabiamad berkata, program ini bakal mendapat sambutan menggalakkan ekoran kejayaan pihaknya menganjurkan Karnival Semarak Bangi sebelum ini.

Menurut beliau, sehingga kini lebih daripada 100 vendor makanan dan minuman terkenal dan tular di media sosial telah memberi pengesahan untuk menyertai karnival yang akan diadakan di Eco Hill Walk Semenyih.

“Karnival ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik selain membantu usahawan sekali gus  meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Program yang mendapat sokongan daripada syarikat Ultimate Titan Sdn Bhd dengan kerjasama International Lighting Show dan Kelab Muay Thai Hallo Fight Club itu juga akan menampilkan beberapa artis untuk turut hadir dalam sesi bertemu peminat seperti Nash, Ezlyn, Nazia Mustapha, Zarina Zainudin, Serina Chef Wan, Aida Aris, Raja Emma dan Mami Dedi.

Selain itu, Nik Baizura yang juga Pengarah Ultimate Titan menjelaskan, Karnival Semarak Semenyih turut menganjurkan program utama seperti International Lighting Show secara besar-besaran selain menghimpunkan penggiat muaythai amatur dari seluruh negara.

“Kita juga akan mengadakan pertandingan dan aktiviti istimewa untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna By Champs, pertandingan peragaan, Pertandingan Karaoke Junior dan pertandingan azan serta iqamat,” jelasnya.

Tambah beliau, karnival tersebut bakal menjelajah di beberapa tempat termasuk Stadium Kajang pada 29 Februari sehingga 3 Mac ini dan di beberapa negeri lain. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI