fbpx

Sokong PM: Bukti Kerajaan Perpaduan di landasan betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang akhbar di Kementerian Komunikasi hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Sokongan terbaharu oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Kerajaan Perpaduan berada di landasan betul.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia juga membuktikan semakin ramai pihak mula percaya kepada Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, keputusan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi itu membuktikan kerajaan langsung tiada niat untuk menarik sokongan mana-mana Ahli Parlimen.

“Apa yang disebut Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) mungkin ada kebenarannya tapi kita tunggu. Beliau ada sebut tujuh, lapan orang…hari ini satu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI