fbpx

Lelaki mati ditembak atas bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Thailand tersebut ditembak mati ketika berada di atas sebuah bot milik warga tempatan di perairan Pantai Remis dekat Lumut semalam. - Foto IHSAN PDRM

LUMUT – Seorang lelaki rakyat Thailand maut ditembak sekumpulan disyaki warga Indonesia semasa berada di atas bot milik rakyat tempatan di perairan Pantai Remis dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengadu yang merupakan pemilik bot tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira pukul 12.20 tengah hari semalam.

“Pengadu telah dimaklumkan oleh pekerjanya melalui alat walkie-talkie untuk perjalanan balik ke pelantar ikan No.11P, Pantai Remis.

“Mangsa telah meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Nordin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tembak ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Azalan Ab. Karim di talian 019-392 7837 bagi membantu siasatan polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI