fbpx

Goda isteri orang boleh didakwa di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Arifin (empat dari kanan) ketika menerima kunjungan hormat sempena lawatan rasmi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah pada Selasa. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Sabah boleh didakwa di bawah undang-undang syariah negeri berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif berkata, perkara terbabit terpakai sejak sekian lama melibatkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan setakat ini tiada kes lelaki Islam menggoda isteri orang dilaporkan berlaku di Sabah.

“Terdapat peruntukan undang-undang yang mengawal perbuatan gangguan orang ketiga terhadap rumah tangga di dalam Islam termasuklah seksyen 36, seksyen 37 dan seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di negeri-negeri, kesalahan mengganggu rumah tangga orang terbahagi kepada tiga komponen iaitu memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan suami isteri untuk hidup bersama serta menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

“Namun ketiga-tiga peruntukan yang terdapat dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan ini tidak diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995. Kesemua kesalahan terbabit di Sabah dirangkumkan dalam satu seksyen ini sahaja,” katanya ketika ditemui media pada kunjungan hormat dan lawatan rasmi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah pada Selasa.

Beliau berkata, menerusi enakmen tersebut, sudah dinyatakan sesiapa yang melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang lain meninggalkan rumah tangga yang ditentukan oleh suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan apabila disabitkan, lelaki Islam berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, Mohd Arifin turut menyatakan Sabah juga mempunyai Undang-Undang Adat yang turut memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI