fbpx

Bekas pengurus syarikat didakwa 20 tuntutan palsu bernilai RM370,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Alfiz (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 20 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM370,000 bagi kerja-kerja di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) selama dua tahun bermula 2020.

Tertuduh, Ahmad Alfiz Md. Muklas, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Alfiz didakwa memperdayakan seorang pembantu tadbir (Kewangan) Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), suatu dokumen iaitu invois Sabak Jati Enterprise bagi tuntutan bayaran kerja untuk September 2020 hingga April 2022.

Ini melibatkan kerja perkhidmatan pembersihan bangunan, pejabat dan membersih kawasan termasuk menyelenggara landskap serta kerja-kerja berkaitan berjumlah RM370,000.

Perbuatan itu dilakukan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), di Sabak Bernam, di sini antara 13 November 2020 dan 12 Mei 2022.

Ahmad Alfiz juga didakwa 20 pertuduhan pilihan menggunakan dokumen invois palsu syarikat tempat lamanya yang mengandungi salinan kad perakam waktu pekerja bagi tuntutan bayaran kerja tempoh masa sama dengan jumlah serupa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin, manakala peguam Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim mewakili tertuduh.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM11,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan. Sebutan semula ditetapkan 21 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI