fbpx

Piala Asia: Pengalaman Harimau Malaya di Qatar cukup ‘berharga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain giat menjalani latihan bagi mengharungi aksi terakhir bertemu Korea Selatan pada Khamis ini. - Foto ihsan FAM

PENYERTAAN ke kejohanan Piala Asia 2023 kali ini masih boleh dianggap sebagai positif kerana ia boleh memberi suntikan motivasi bagi pembangunan bola sepak skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Pandangan tersebut disuarakan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon meskipun anak-anak buahnya gagal mencipta kejutan untuk lolos ke peringkat kalah mati pada saingan bola sepak paling berprestij benua Asia kali ini.

Menurut Pan-gon, pasukan perlu berpijak di bumi nyata, tetapi dalam masa yang sama bersyukur Harimau Malaya dapat menjadi sebahagian daripada 24 negara yang bersaing pada kempen Piala Asia 2023 ini.

“Kita perlu sedar di mana kita berada. Namun, saya sangat percaya peluang untuk bermain di peringkat tertinggi dengan merasai suasana hebat seperti ini sangat-sangat positif.

“Saya percaya pengalaman yang diraih ini dapat menaikkan motivasi selain bagus untuk pembangunan bola sepak (negara) pada masa akan datang,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu.

Harapan skuad negara untuk mencipta kejutan tidak kesampaian selepas gagal meraih sebarang mata apabila tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Jordan dan Bahrain sebelum ini.

Misi skuad negara untuk memperbaiki pencapaian edisi 2007 semakin sukar apabila bertemu dengan pasukan pilihan, Korea Selatan pada perlawanan terakhir di Stadium Al Janoub, Khamis nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI