fbpx

Pengarah syarikat direman sogok penjawat awam monopoli projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi pegawai SPRM selepas diperintahkan untuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

MELAKA – Seorang pemilik syarikat pengiklanan direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki terlibat dalam rantaian kartel mendapatkan projek-projek pembekalan kerajaan negeri dengan menyogok penjawat awam di pelbagai jabatan sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman sehingga 26 Januari itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Khairunnisak Hassni terhadap suspek yang berusia 60-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang pengarah syarikat ditahan di pejabat SPRM negeri ini selepas disyaki menyogok ramai penjawat awam di negeri ini bagi mendapatkan projek bagi pelaksanaan kerja-kerja perolehan membabitkan jumlah suapan RM639,104.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam untuk memberi kerjasama.

“Rantaian kartel rasuah sebegini perlu dinoktahkan bagi mengelak kerja-kerja monopoli projek pembekalan di jabatan-jabatan kerajaan terus berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI