fbpx

Pemilik syarikat kitar semula direman tujuh hari rasuah penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua orang pemilik syarikat barangan kitar semula direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah sekitar RM4,000 kepada seorang penguatkuasa di negeri ini. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Dua orang pemilik syarikat barangan kitar semula direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah sekitar RM4,000 kepada seorang penguat kuasa di negeri ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Suspek diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Redzuan Hakim Sulaiman.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia sekitar 40-an ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir bagi merakam keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kedua-dua suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun lalu dengan memasukkan wang rasuah tersebut secara dalam talian dan mesin deposit tunai.

“Wang berkenaan dimasukkan ke akaun seorang penguat kuasa sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI