fbpx

Bayar cukai, tingkat pendapatan negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Masyarakat di negara ini diingatkan untuk membayar cukai bagi meningkatkan lagi pendapatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan beliau sendiri turut membayar cukai kepada kerajaan.

Jelasnya, beliau pernah dikenakan cukai sebanyak RM500 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi setong minyak zaitun pemberian rakan dari luar negara.

“Kastam Klang kenakan cukai (berjumlah) RM500 kepada saya…saya bukan berniaga, tetapi tidak merayu (dikecualikan cukai)…Perdana Menteri pun terpaksa bayar cukai.

“Saya bayar juga cukai itu bagi memberi contoh yang baik kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI