fbpx

Aktiviti Quantum Metal tidak dilesenkan, diluluskan BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

PETALING JAYA – Sebarang dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB) diluluskan dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah tidak benar.

BNM dalam kenyataannya berkata, beberapa dakwaan dan salah fakta yang tular menerusi domain awam berhubung dengan urusan QMSB perlu diperjelaskan kepada khalayak.

Menurut Bank Negara itu, QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga iaitu aktiviti yang disenaraikan di bawah perkara 24 Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.

“Sebagai sebuah įnstitusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan.

“Bagaimanapun, dengan status QSMB sebagai institusi pelapor tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya seperti produk dan dagangan emas didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir BNM,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, BNM berkata, terdapat pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan dan pengesahan BNM berhubung AMLA.

Jelasnya, sebarang aliran masuk dana ke dalam negara, kecuali untuk tujuan peminjaman luar pesisir melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan BNM terlebih dahulu.

Justeru, katanya tiada mana-mana pihak boleh menyalahgunakan nama dan urusan surat-menyurat BNM sehingga mengundang salah faham bahawa produk atau perkhidmatan mereka diluluskan BNM.

“Dakwaan mempunyai kaitan dengan BNM oleh mana-mana entiti atau individu tidak seharusnya dijadikan satu-satunya pertimbangan bagi menentukan kesahihan perniagaan tersebut.

“BNM ingin mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan pelaburan. Sebarang aktiviti kewangan disyaki dilakukan tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada pilhak penguatkuasa undang-undang,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI